Gambar-gambar yang terdapat dalam koleksi peribadi. Kalau ada sapa-sapa yang nak masukkan gambar lain boleh la email ke ctzhussain@gmail.com



Friday, April 29, 2011

SELAMAT HARI IBU

Sayang Isteri Kasihkan Ibu
Sempena sambutan Hari Ibu di sebuah hotel, seorang pakar motivasi di jemput menyampaikan ceramah. Beliau bertanya kepada beberapa orang lelaki yang duduk di meja paling depan berhadapan dengannya, “Siapakah wanita paling anda sayangi?” Masing-masing menunjukkan ke  rah isteri masing-masing yang duduk di sebelah.
“Mak masih ada?” tanya motivator itu. Mereka menganguk.
Setiap anak lelaki, setiap anak perempuan yang belum berkahwin selagi ibu masih hidup, ibulah wanita pertama yang bertakhta di hati kita, ibulah insan yang mesti di cintai dikasihi sehebat-hebatnya.
Perbetulkan balik niat kasih anda supaya hidup anda dalam keberkatan Allah sebab ini perintah dari Allah di dalam al-Quran. Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita tiga kali berturut-turut kewajipan mentaati ibu, kemudian barulah bapa.”  Peringatan motivator itu mengajak peserta membetulkan niat.

Begitulah kehidupan manusia, apabila telah datang insan lain yang kita rasa sudah mampu menyenangkan  hati dan menyenangkan ‘kocek’ kita ( isteri bantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga), kita rasa keutamaan segala-galanya harus diberikan kepadanya sehingga terlepas pandang atau boleh berala kadar dalam memberi kasih kepada ibu. Lebih malang lagi, ramai anak mengharapkan ibu faham situasi mereka apabila telah berumahtangga, yang perlu lebih mengasihi isteri.
Mengaharapkan ibu faham situasi kita adalah sesuatu perkara yang tidak bijak. Sememangnya ramai ibu yang faham dengan kehidupan anak lelakinya yang perlu banyak menguruskan kebajikan keluarga. Sememengnya sifat seorang ibu selalu berkorban segala-galanya untuk anak-anak, malah telah bersedia menerima seadanya layanan anak apabila mereka telah berumah tangga. Apa yang selalu ibu katakana kepada si anak , “Mak tak nak minta apa-apa. Mak harap kamu jaga isteri kamu baik-baik, jaga keluarga kamu baik-baik. Mak doakan keluarga kamu menjadi orang soleh,boleh doakan mak apabila mak dah tak ada nanti.”
Murninya bicara seorang ibu. Harga kesolehan keluarga yang bakal dibina oleh anak dan menantu menjadi taruhan untuk dia sejahtera ke alam barzakh.
Namun, anak harus faham, cinta yang utama tetap kepada Allah, rasul dan ibu. Kasih dan bakti kepada ibu perlu diletakkan di tempat paling atas.

Suami didik isteri hargai ibu.
Kepada para suami, menjadi tanggungjawabnya mendidik dan mengajak isteri untuk meraikan ibu mertua (ibu kepada suami) dan menjaga hatinya. Sesungguhnya menjadi kewajipan suami menggalakkan isteri memuliakan ibunya mengikut cara yang telah Allah anjurkan seperti bercakap dengan sopan dan menunjukkan akhlak yang baik ketika bersama ibu.
Peranan suami yang membimbing isteri menjadi isteri solehah sangat membantu ibu makin kasih kepada anak lelaki dan keluarganya.
Kepada para isteri, jangan bangga kalau suami sanggup berhabis-habisan memberi pelbagai kemewahan kepada kita, bimbang kalau-kalau kerana terlalu memenuhi hajat kita itu, suami kita tiada masa menjenguk atau bertanya khabar tentang ibu. Hal ini boleh meletakkan diri suami  dalam kederhakaan yang tidak disedari, kerana suami terpaksa berkira-kira dalam memberi khidmat dan mencurah kasih kepada si ibu. Jangan sampai anak terputus hubungan rohani(hati) dengan si ibu. Ingatlah Allah boleh beri nikmat kesenangan sebanyak-banyaknya kepada kita atas apa yang kita usahakan, tetapi tidak ada nilai berkat andai kita lupa kepada ibu yang telah banyak berjasa kepada kita.
Oleh itu carilah redha ibu selalu, ambillah iktibar  kisah Al-Qamah pada zaman Rasulullah SAW yang terleka melayan kerenah isteri sehingga terlepas pandang meraikan ibunya. Akhirnya siibu berkecil hati, meyebabkan Al-Qamah susah menyucap kalimah syahadah semasa hendak meninggal dunia. Nabi SAW perintahkan dibuat unggun api untuk membakar Al-Qamah kerana mengecilkan hati ibunya. Begitu tegasnya Nabi SAW dalam soal kederhakaan seorang anak kepada ibu kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu. Hieraki ketaatan seorang anak ialah kepada Allah, Rasulullah SAW dan ibu.
                Kepada para isteri, mari kita jadikan diri kita sebagai isteri yang mempermudahkan urusan suami dalam berbakti kepada ibu. Mudah-mudahan kita menjadi isteri dan menantu solehah. Yakinlah bahawa apabila kita mempermudahkan suami mengembirakan ibunya, itu petanda Allah meredhai kita dan insyaallah akan di mudahkan pula untuk anak-anak mentaati kita yang bergelar ibu.

(Petikan dari Majalah Anis- keluaran Mei 2011)

Thursday, April 28, 2011

APA ERTINYA HIDUP INI?

(Tanpa arah hidup pasti tidak tentu arah. Tanpa matlamat langkah pasti tidak selamat)

                Ada yang mengatakan bahawa manuasia umpama ikan emas dalam botol. Ia berenang , tetapi hanya berputar di situ juga. Kebanyakkan manusia kelihatan begitu sibuk, bekerja dan bekerja sepanjang hayat. Rutin hariannya begitu statik. Ia terpinga dalam belantara kehidupan bersama persoalan yang sering menerjah, apa erti hidup ini sebenarnya.
Semestinya kita kena pastikan apa matlamat hidup kita di dunia ini. Hidup ini bukanlah sebuah permainan yang tanpa apa-apa. Dia Yang Maha Pencipta tidak bertujuan untuk membuat karya masterpiece-Nya menjadi begitu sahaja- terbiar tanpa tujuan. Maha Suci Allah…!
Punca yang paling asas kenapa berlaku kecelaruan dan kekacauan dalam hidup ini adalah kerana gagalnya manusia memahami apakah tujuan dan matlamat hidup ini. Tanpa arah hidup pasti tidak tentu arah. Tanpa matlamat langkah pasti tidak selamat!

Apakah matmalat hidup kita?
                Kata orang bijaksana: “bagaimana kita boleh berharap untuk sampai, apabila kita tidak tahu ke mana kita hendak pergi!?”
                Maknanya yang jelas ialah, langkah dalam hidup ini akan teratur dalam disiplinnya apabila jelas matlamat untuk dituju. Sesetengah manusia merasakan hidup ini bagai lowong kosong yang serba terlopong. Bagai teraba dalam kegelapan, hidup ini dijalani dengan segala kekosongan dan pembaziran.
                Siang dan malam yang pergi dan datang, berlalu dalam titik yang kosong dan nihil. Masa yang merupakan modal paling berharga dalam hidup dibiarkan berlepas pergi dengan lajunya tanpa apa-apa untuk dimanfaatkan. Langkahnya tanpa arah, hidupnya benar-benar tidak tentu arah!.
                Ada pula yang hanya mensasarkan hidup ini dengan tujuan mencari dan membina glamor semata. Kemilau kemasyhuran adalah matlamat, gemintang sanjungan adalah tujuan. Pejuangannya dalam hidup ini berteraskan matlamat menuju puncak kemasyhuran semata-mata. Malah kadang-kadang demi memperoleh matlamat tersebut, ada yang sanggup menggadai harga diri, maruah dan agama.
                Ada pula golongan manusia yang mensasarkan hidupnya hanya untuk mutlak berkuasa. Perjuangannnya adalah total bagi memegang tampuk kekuasaan sahaja, Demi mencapai matlamat tersebut, prinsip yang dipegang adalah ‘matmalat menghalalkan cara’. Walau sampai menggadai bangsa dan agama, juga kalau terpaksa memijak dan menjatuhkan orang lain, mereka terus menongkah segala demi matlamatnya adalah: BERKUASA!. Untuknya, memegang tampuk kekuasaan bukanlah atas dasar memikul amanah dan tanggungjawab, tetapi peluang yang terbuka luas untuk meraih keuntungan dan kekayaan duniawi.
                Apa yang lebih malang, ada golongan manusia hidupnya hanya sekadar memenuhi tuntutan fisiolagi dan biologi sahaja. Matlamatnya adalah sekadar, asalkan boleh makan, minum, tidur, rehat dan kawin… maka noktah!
                Sesungguhnya mereka telah meletakkan taraf dirinya sebaris dengan binatang ternak yang hanya berpaksikan pada tujuan tersebut sahaja. Bagi mereka, bukan makan untuk hidup tetapi hidup untuk makan! Prinsipnya adalah prutisme!

Matlamat Sebenar Hidup
                Untuk mengetahui, apakah tujuan manusia diciptakan dan apa matlamat keberadaanya di dunia ini, maka perlulah merujuk kepada Penciptanya. Kerana sebagai Pencipta, sudah tentu Dialah Maha Tau kenapa manusia dijadikan.
                Maka Allah dengan jelas menyatakan dalam ayat 56, surah az-Zariyyat: “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku.”
                Maka sedarilah, matlamat kita hidup adalah untuk menjadi hamba yang sebenar-benar beribadah kepada Allah. Ibadah adalah matlamat. Kita dijadikan adalah di atas tujuan beribadah.
                Jadikanlah setiap tarikan usia kita adalah ibadah dan ketaatan kepada-Nya. Itulah matlamat keberadaan kita disini. Kerana matlamat inilah kita diletakkan di dunia ini. Tujuannya jelas, matlamatnya tidak tersembunyi. Lorong kehidupan ini begitu nyata laluannya. Kalau masih kabur, jangan salahkan laluan dan jalan, tapi salahkan mata yang gagal melihatnya!

(petikan dari Majalah ANIS –mei 2011, Ustaz Rujhan Mohamed Razali)